LOGIN KAKITANGAN

TERMA DAN PERATURAN KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG


 
1. Hanya peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan menyertai kursus pada hari yang berkenaan.
 
2. Bayaran penyertaan hendaklah dilakukan di kaunter Pejabat Agama Islam Daerah sebelum tarikh pelaksanaan kursus.
 
3. Pengesahan kehadiran hendaklah dibuat pada hari kursus dan pada setiap slot yang dijalankan.
 
4. Penangguhan kursus dibenarkan untuk satu kali sahaja dan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal daripada tarikh yang didaftarkan kepada satu sesi kursus yang dibuka pendaftarannya sahaja. Tiada sebarang caj dikenakan.
 
5. Penangguhan kurang dari tempoh seminggu, bayaran penangguhan sebanyak RM40.00 akan dikenakan.
 
6. Penangguhan kursus adalah melalui kaunter Pejabat Agama Islam sahaja dengan membawa bersama resit pendaftaran.
 
7. Ketidakhadiran tanpa maklum akan mengakibatkan pendaftaran kursus terbatal dan yuran tidak akan dikembalikan. Pendaftaran baharu perlu dibuat bagi mengikuti semula kursus.
 
8. Pembatalan pendaftaran kursus, yuran tidak akan dikembalikan.
 
9. Peserta kursus hendaklah berpakaian kemas, sopan dan menutup aurat. Pakaian jarang dan ketat adalah dilarang sama sekali.
 
10. Peserta hendaklah menjaga adab dan tingkahlaku serta tidak menimbulkan suasana tidak tenteram sepanjang masa kursus ini berjalan.
 
11. Peserta yang hadir ke kursus hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang berikut:-
i.  Menyediakan sendiri dan membawa Kit Ujian Kendiri Covid-19 (Saliva Test Kit Covid-19) semasa menghadiri kursus pada setiap hari.
ii.  Melakukan Ujian Kendiri Covid-19 (Saliva Test Kit) dihadapan petugas/urusetia pada setiap hari kursus dan menyerahkan keputusan ujian tersebut kepada petugas/urusetia.
iii.  Memakai penutup mulut dan hidung
iv.  Melepasi ujian suhu haba
v.  Tidak mempunyai sebarang gejala COVID-19 seperti demam, selsema dan batuk berterusan
vi.  Penggunaan hand sanitizer (penyahkuman)
vii.  Penjarakan sosial (sekurang-kurangnya 1 meter)
viii.  Patuh susun atur kedudukan yang ditentukan oleh PAID
 
12. Individu berikut dikehendaki menangguhkan kursus jika :-
i.  Keputusan Positif hasil pre-event test.
ii.  Suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius.
iii. Bergejala seperti demam, batuk dan selsema.
iv.  Berada di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) sehingga tarikh PKPD tersebut ditamatkan.
v.  Sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) sehingga tamat tempoh kuarantin selama 14 hari atau 21 hari (lanjutan).
 
13. Peserta yang hadir ke kursus juga hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan pejabat agama islam daerah.
 
14. Sebarang masalah berkaitan kursus, sila rujuk/maklum kepada urusetia bertugas. Peserta hendaklah mematuhi segala peraturan dan arahan dari semasa ke semasa oleh urusetia.